Lagu Rasmi Institut Pendidikan Guru (IPG)

Updated 9 Ogos 2010

Mediafire download link
Mp3 versi koir

Aseng: Kau study kat mana skarang?
Fahmi: IPG KKB
Aseng: Apekah?…

Situasi macam kat dialong kat atas tu mesti anda semua pernah alami, terutama rakan-rakan IPG sekalian. IPG, IPGM, IPG, IPGM.

IPGKAMPUSKOTABHARU

Ape benda ke benda IPG, IPGM tu?

IPG tu singkatan dari Institut Pendidikan Guru. Huruf “M” kat belakang kalau ada tu maksudnya “Malaysia”. IPG ni dulu dikenali sebagai Maktab Perguruan. IPG KKB tu bermaksud Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu. Kesemua IPG di Malaysia ni ada 27 buah. Tak mau cerita panjang-panjang lagi pasal IPG ni. Hari ni nak tunjuk lagu rasmi IPG je dulu. Post akan datang akan diceritakan sepenuhnya pasal IPG. Jadi kalau ada apa-apa kemusyiklan awal, bolehlah ajukan di ruangan komen dibawah, Tak Susahkan.

Baca lagi untuk link download dan lirik.

Mungkin ramai dah nyanyikan di IPG-IPG masing-masing, tapi mungkin ada yang masih tak tahu. Jadi anda boleh streaming atau download terus lagu ini.


Institut Pendidikan Guru Malaysia

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa negara tercinta

Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong visi misi IPG

Streaming Lagu Rasmi IPG Malaysia

Download Lagu Rasmi IPG Malaysia (mp3)

4shared || mediafire (2.24 mb)

Download Lagu Rasmi IPG Malaysia versi Koir (mp3)

4shared || mediafire (4.39 mb)


Ada cerita sikit pasal cikgu maktab ni. Pagi tadi sewaktu membeli kuih di Kedai Roti Canai Man Sura aku disapa oleh mak cik penjaga kaunter tu, Bini tokey. Cakap punya cakap dia tanya aku cuti ke sekarang, dan aku pun jawab la cuti. Cerita punya cerita pasal cuti aku ni sama macam budak-budak sekolah cumanya tengah tahun ni lebih seminggu.

Tengoh syok-syok cakap tu dia tanya la aku ni belajar kat mana, nak mudah aku jawab la maktab, kang jawab IPG mau ternganga dia. Tapi point aku kat sini satu je. Tau apa dia cakap.

Laa.. Maktab je..  Ape maktab je? Maktab je..?! pergh pantang betul dengan “MAKTAB JE”. Huhu.. Aku tahu maksud die tu dia aspect aku masuk mana-mana U since die kenal ngan semua family aku mana yang lain masuk . Aku nih je masuk maktab.

Walaupun hati berapi, tapi cikgu kena cool. Rilek la maktab je pun.Cikgu maktab je pun ni la yang akan didik cucu-cicit mak cik. Cikgu Maktab ni la yang akan didik pemimpin masa depan yang menjauhi korupsi, mengamalkan yang baik dan mencegah keburukan.

Aku paling suka rangkap ni…

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati dan budi

Pesan buat semua rakan di seluruh IPG. Kalau kita sendiri tak naikkan taraf kita, walaupun kita dah setaraf dengan orang lain siapa lagi. SO? Proud to be “Cikgu Maktab”. Jangan duk sibuk cakap maktab je.. maktab je.. Kita sekarang dah IPG ok? Let’s change our mind set! Please! This is not an emotional but just a reminder for my friends out there.

This entry was posted in Download, IPG, Mp3 and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

19 Responses to Lagu Rasmi Institut Pendidikan Guru (IPG)

  1. aini says:

    aku teringin nak masuk maktab… Nak jadi cikgu.. Kau patut bagga dapt masuk sane =)

    [Reply]

  2. Bangga jadi warga IPG ni.. I got the feeling. :D.
    Aini boleh lagi nak jd cikgu

    [Reply]

  3. patunghujan says:

    maktab je?mahunye dgn nada cool diriku men smash balik bini tokey tuh.anak dia sorg je pn yg jd lecturer, yg lain???

    [Reply]

  4. patunghujan kenal ek? haha.. tak tahu la pasal anak-anak dia tu… tu rezeki masing-masing. Bukan ape sebenarnya.. yang terasa mcm die downgrade guru-guru maktab, tak kisah la ade degree ke diploma ke sijil ke… Sebab guru ni bagi banyak sumbangan utk negara. Asal yang diatas semuanya dari bawah. Dari kosong tak tahu apa-apa sekarang mungkin dah jadi professor. Awal didikannya dari guru juga. Ye.. guru maktab sebab guru maktab kebanyakannya, hampir semua mengajar di sekolah rendah

    [Reply]

  5. cikgu lah paling berjasa kat negara…takde cikgu takde lah perdana menteri malaysia tu :)

    [Reply]

  6. Jasa cikgu tak terbalas… Sayang… lost contact hampir semua cikgu yang mengajar masa year 1… Diorang la banyak berusaha..

    [Reply]

  7. Lizz says:

    aku tak pernah nak jadi guru sebab perangai macam hancus :( risau if merosakkan anak org tp if rezeki memang ke situ.insyaAllah try the best lah kot.hehehehe

    [Reply]

  8. Guru tak formal mungkin… guru kpd anak2 nanti.. Insya-Allah :D Aku pun tak pernah terfikir nak jadi cikgu… walaupun bukan cinta pertama tapi aku tetap sayang…

    [Reply]

  9. Wan Perlis says:

    terus berjaya semua

    [Reply]

  10. yanmie says:

    ooo bakal cekgu lah nie yea…moga sukses selalu ye fahmi :D

    [Reply]

  11. joegrimjow says:

    yg ku tahu kat pengkalan chepa
    hehe

    [Reply]

  12. tepat! pandai joe!

    [Reply]

  13. nazra says:

    ye perasan jgk maktab dh jd institut perguruan

    [Reply]

  14. Pingback: Logo Baru IPG | fahmi ibrahim.com

  15. Ummirul Syahirah says:

    Fahmi…tanya skit..lagu kt ats 2..semua IPG nyanyi ke?
    bukan ke setiap IPG ada lagu masing2..cuma lagu guru Malaysia yg sama?

    [Reply]

  16. Fahmi Ibrahim says:

    memang setiap IPG ada lagunya. tapi bila dah branding baru IPG ni, kita nyayi satu lagu ni sama untuk setiap IPG. Lagu IPG masing-masing tu tak pasti la dinyanyikan lagi ke tak sekarang. Saya dah tamat IPG. :)

    [Reply]

  17. Ummirul Syahirah says:

    thnx..dh jadi cikgu rupanya..tahniah!

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge