Latest Posts

Posted by Fahmi Ibrahim on 27th August 2010

Keputusan Undian UEFA Champions League

uefa_champions_league

Selesai sudah proses penyampaian anugarah pemain terbaik UEFA tahun 2009/2010 dan juga Undian Peringkat Kumpumpulan bagi UEFA Champions League 2010/2011. Berikut keputusan penerima anugrah pemain terbaik UEFA.

Continue Reading

Posted by Fahmi Ibrahim on 15th August 2010

Jom Join Fantasy Premier League Dengan Number10.my Dan Menang!

Latest_result_EPL_2010_2011

Salam buat Peminat EPL.

Semalam telah berlangsung sepak mula untuk musim baru EPL dan keputusannya seperti di atas. Ramai antara kita juga meminati permainan Fantasy Football dan adakah anda tahu anda boleh menang hadiah!

Berminat?

Continue Reading

Posted by Fahmi Ibrahim on 8th August 2010

Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu!

Wow! Melopong semua tengok. Ye la ramai yang nak kurus tambah pula dekat-dekat puasa ni kan. Sedang blogwalking ternampak pulak entri menarik dari blog grafik.my pasal turun 5 Kg dalam 5 minggu. Wah seminggu sekilo tu. banyak bukan?

FIkir punya fikir aku punya rekod lagi banyak, 4.9 dalam 4 minggu. Poyo! Haha…Tak pe. Hari ni aku tak nak cerita pasal diri aku. Tapi pasal satu ebook. Ebook kat bawah ni.

malay-thumb

Continue Reading

Posted by Fahmi Ibrahim on 5th August 2010

Logo Baru IPG

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia buat semua pembaca.

Hari ini aku nak berkongsi Logo IPG yang terbaru yang telah dilancarkan pada pertengahan tahun 2010 ini. Institut Pendidikan Guru atau ringkasnya IPG merupakan satu institusi pendidikan di Malaysia yang melatih para bakal guru. Terdapat 27 buah semua di seluruh Malaysia ini.

Guru mengajar tanpa rasa jemu
Untuk pengetahuan semua, IPG yang dikenali sebelum ini dengan nama “Maktab Perguruan” telah dinaiktaraf dan diperkemaskan bagi membolehkannya mengeluarkan guru-guru pelatih dengan ijazah perguruan dengan kepujian.

Di bawah saya sertakan logo terkini yang digunapakai di seluruh IPG di Malaysia ini. Sila klik kanan pada gambar logo dan save picture as untuk download gambar ini.
Continue Reading

Posted by Fahmi Ibrahim on 4th August 2010

Ustaz Zaharuddin Minta Jasa Baik Kita Semua…

Salam sejahtera petang tadi aku ada terlihat Ustaz Zaharuddin update status kat fan page dia seperti gambar di bawah ni.

ustzharudin
Ustaz mengatakan ada 2 page dan 1 profile yang merupakan profil palsu dan tidak pernah mendapat keizinan dari Ustaz sendiri.

Continue Reading

Posted by Fahmi Ibrahim on 2nd August 2010

Blogger Yang Tersepit….

Salam semua blogger.

Cerita tentang tersepit ni banyak benda boleh timbul di fikiran anda semua. Mari kita lihat apa itu tersepit.

Ini maksudnya mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua: sudah disepit atau diapit; terletak di antara dua benda yg mengapit; terjepit.

Kamus Dewan Edisi Empat pula mengatakan 1. sudah disepit (diapit, dijepit, dll): cerut cap ayam yg ~ di bibirnya itu, di-pasangnya; 2. ki terhimpit, tertekan: seluruh kehidupan mereka ~ antara dua pihak yg mengadu kekuatan senjata dan tenaga;

Ya jadi anda semua faham apa itu tersepit. Kebiasaanya yang tersepit itu sakit, terganggu tak kiralah dari segi emosi atau jasmaninya.

Kalau tengok mimik muka adik kita di dalam gambar bawah ni memang nampak perit bukan?

Aduh sakitnya!

Tapi bukan cerita ini yang nak aku sampaikan. Aku nak cerita pasal diri aku yang tersepit antara dua perkara. Nasib baik dua je. Kalau lebih pasti dapat darah tinggi.

Continue Reading

Posted by Fahmi Ibrahim on 1st August 2010

Kalau Tak Dipecahkan Lemak Mana Nak Dapat Kurusnya!

Selamat Pagi dunia!

Apa khabarkah anda semua?! Baikah? Sihatkah? Bagi yang bercadang nak sarapan tu, boleh sarapan kejap lagi. Pastikan diet anda betul ye. Semalam adalah hari pengumuman KWLC yang pertama. Aku dah give up nak menang sebanarnya, tapi aku teruskan usaha untuk turun berat badan.

DSC05711

Pukul 10.30 aku sampai di MGU Firdaus. Berbedar memang ada. Sangat! Tapi teruskan aku jua. Mula-mula sesi timbang menimbang pakai scale khas. kita boleh tahu 10 benda yang aku ada cerita dalam post lepas.

Selesai timbang menimbang, penganjur kata saingan sangat sengit, kena buat mesyuarat pulak si mira dan joe tu. Orang lain berdebar-debar sibuk pulak die nak meeting. Nasib baik ada NG bercerita tentang pengalaman dia dulu.  Kurang sikit debarannya. Tapi masih ada.

Sekarang masa yang ditunggu dah pun tiba pengumuman akan dibuat sebentar lagi. Masing-masing berdebar. Keputusan dibuat dari bawah. Hinggalah kedua akhir nama aku masih belum disebut. Apakah?

Aku dan seorang makcik dipanggil datang ke depan ala-ala imam muda masa nak kasi tahu pemenang tu. Tapi aku agak dalam hati yang makcik tu akan menang sebab dia guna herbalife, sedangkan aku jaga makan sikit-sikit dan tak jogging sangat pun. Hehehe..

Dan kepututsannya….. Pemenang Kelantan Weight Lose Challenge dimenangi oleh……
Continue Reading

Posted by Fahmi Ibrahim on 21st July 2010

Krisis Istana Kelantan Kian Meruncing

Perebutan kuasa – itulah kunci kepada keretakan dan kekecohan dalam Istana Kelantan. Seletah banyak perkara berlaku dari pemecatan pelucutan Pemangku Sultan Kelantan, Pengawal Peribadi di tembak dan hari ini penahanan Tuanku al-Sultan oleh Polis Init Tindakan Khas.

sultan-kelantan
Baginda Sultan Kelantan di Hospital Mount Elizabeth [kredit gambar]

Lewat petang tadi ada aku membaca di akhbar menyatakan baginda Sultan telah pulang dari Hospital dan aku terkejut melihat video ini melalu blog Beliamuda. Terima kasih kepada Beliamuda atas video yang dikongsi.

Aku yang berada di Kelantan dalam krisis ini berlangsung agak kecewa dengan sikap dan kerakusan sesetengah pihak hingga menyebabkan krisis ini berlaku. Aku tak nak mengulas panjang mengenai hal ini. Kalau anda semua mahu tahu lebih lanjut boleh la baca banyak artikel dari sini. Biarlah orang lain mengulas hal ini aku tak nak terlibat.

Apa yang aku harapkan semoga semuanya boleh selesai dengan aman dan secepatnya. Moga Tuanku cepat sembuh dari gering dan kembali menyerikan dan memperbetulkan kepincangan dalam Istana.

Daulat Tuanku!

Posted by Fahmi Ibrahim on 19th July 2010

Printer Sharing Kini Lebih Mudah Dengan Windows 7

Hari aku menaip kertas kerja untuk melaksanakan satu program di sekolah. Dalam masa internship sebulan ni (minggu depan minggu akhir). Aku menggunakan HP Netbook yang dibekalkan percuma setelah aku melanggan Streamyx Cool Uni Pack. Nak print tapi kena transfer ke komputer sekolah dulu. Masalahnya pendrive tak bawa, malas pula nak pinjam meminjam ni. Jadi aku nak guna printer sharing la kebetulan pula ada wireless network kat sekolah ni. Cantik sangat!

network_network

Mari kita ke mode skema. Sila bagi perhatian ye! Awas tutorial ini agak panjang tapi jangan bimbang gambar disertakan untuk memudahkan anda semua. Anda perlu jalankan 3 langkah utama.

LANGKAH 1: TURN ON FILE AND PRINTER SHARING
LANGKAH 2: SHARE PRINTER
LANGKAH 3: SETTING PADA KOMPUTER DALAM NETWORK

Continue Reading

Page 1 of 41234